Tuesday, June 23, 2009

Kerajaan Perpaduan vs Hide and Seek vs Survivor...


salam...


akhirnya kemelut atau sketsa bertajuk "Kerajaan Perpaduan" telah pun selesai. masing-masing ambil langkah lupakan segala yang berlaku. anggap seperti tidak pernah timbulnya isu kerajaan perpaduan ni. kalau xsilap aku, orang yang mula2 mencetuskan idea kerajaan perpaduan ni ialah Presiden Pas, dan disokong oleh orang nombor 2 dalam parti itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin. sehingga menyebabkan terpaculnya dari mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya orang nombor 2 itu meletakkan jawatan dalam parti dan sebagai ahli parlimen Bachok. selepas itu byk hal yg berlaku. UMNO sanggup untuk bergabung dengan PAS demi survival orang Melayu. PM sedia bertemu dengan pemimpin parti PAS. namun dengan kebijaksanaan seorang yang dianggap perancang dalam Pakatan Rakyat, akhirnya semua telah berkubur. UMNO telah dituduh sebagai sebuah parti politik yang tidak stabil dan popular lagi kerana dianggap kebulur untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan dengan parti PAS. saper yang salah? masing2 ada tanggapan dan kefahaman tersendiri.


teringat pada zaman kanak-kanak dulu. aku dan kawan2 aku gemar bermain hide and seek atau dalam bahasa kampung nya main sorok2. bagi mereka yang xtau, permainan sorok2 nih perlu dimainkan bersama banyak pemain. hanya seorang yang perlu mencari atau dipanggil "hantu" dan yang lain perlu bersembunyi. orang yang mencari perlu menutup matanya dan bilang 1 hingga 100. ini bermakna peserta lain diberi masa selama 100 saat untuk bersembunyi sebelum mereka dicari. kemudian orang yang mencari akan menyebut nama orang yang ditemuinya. orang yang pertama ditemuinya akan menggantikan tempat nya untuk mencari orang lain apabila semua orang telah ditemui. tetapi, sekiranya ada orang menyentuh badannya sebelum namanya sempat disebut oleh si pencari, si pencari akan memulakan permainan itu kembali dengan menutup matanya dan mencari orang lain kembali. tanpa orang pertama yang ditemuinya itu menggantikan tempatnya. begitulah sedikit ringkasan tentang permain sorok2 nih. namun, sememangnya aku ni jenis yang xpandai nk menyorok. mungkin masa kanak2 dulu aku memang xpandai nk panjat pokok untuk menyorok. sebab itulah aku selalu menjadi orang pertama yang ditemui oleh si pencari. disebabkan itu,aku telah berpakat dengan kawan2 aku untuk tidak bersembunyi. kami cuma berada di depan mata si pencari sahaja. apabila si pencari selesai menghitung sampai 100, beliau akan lihat semua orang yang perlu dicarinya berada di depan nya. namun apabila nama pertama disebut, orang lain yang bersama berada di depannya akan menyentuhnya. jadi si pencari itu akan kembali menjadi "hantu" dan perlu menutup matanya sekali lagi sambil menghitung sampai 100. semua plan ini (si hantu akan menjadi hantu kembali) akan berhasil sekiranya perpaduan dicapai. namun tidak dinafikan yang keseronokkan bermain akan hilang sekiranya "parpaduan" ini terjadi. mungkin natijahnya turut berlaku dalam politik di negara kita. bagi sesetengah manusia yang menganggap dirinya bijaksana, keseronokkan berpolitik akan hilang sekiranya "perpaduan" dicapai. mungkin juga dengan kebijaksanaannya, banyak hasil yang akan diperolehi dengan berpolitik. jadi apa guna "perpaduan"??


survivor...sebuah rancangan realiti yang amat popular pada satu ketika dahulu. permainan yang menyingkirkan seorang demi seorang peserta pada setiap minggu. bagi peserta yang tidak digemari, mereka akan diundi keluar oleh peserta lain melalui undian. semasa aku berkursus di BTN, kami juga dibahagikan dalam kumpulan. sampai pada satu check point, fasilitator telah memberi satu kejutan kepada kami. setiap ahli diminta menulis satu nama untuk diundi keluar. nama saper yang paling banyak diundi, diminta keluar. kumpulan kami meminta sedikit masa untuk berbincang. setiap ahli kumpulan bercakap tentang kelebihan masing2 dan kenapa perlu dirinya berada dalam kumpulan ini. sampai ke giliran aku, aku mencadangkan setiap orang menulis nama masing2. jadi setiap orang akan mempunyai 1undi untuk keluar. maka tiada yang akan dikeluarkan sebab semua mempunyai undi yang sama2. majoriti bersetuju dengan cadangan aku. namun apabila undian dikira, hanya aku yang mempunyai 3undian, ahli lain 1undian dan 2orang tidak mempunyai undi untuk dikeluarkan. rupanya 2orang itu berjaya mencabuli "kesepakatan" itu pada saat2 akhir dengan meletakkan nama aku pada kertas undinya supaya aku diundi keluar. mungkin sebab mereka merasakan adanya aku dalam "perpaduan kumpulan" itu akan menjejaskan pengaruhnya dalam kumpulan tersebut. meskipun aku berasa sedikit kesal, namun banyak pengajaran yang aku perolehi dalam hal ini. bolehkah "perpaduan" terjadi sekiranya dalam diri kita masih ada perasaan ingin menguasai segala-galanya. bukankah "perpaduan" akan menganjurkan kita lebih bersifat tolak ansur dan berkongsi. namun, mungkin juga inilah yang menjadi faktor kenapa "Kerajaan Perpaduan" tidak akan berlaku. jadi, hanya dengan sikap ingin menguasai segalanya di tangan sendiri, "Kerajaan Perpaduan" tidak akan berlaku...


tetapi...ini semua adalah pandangan peribadi sahaja..tidak kukatakan PAS itu betul atau UMNO itu benar...tapi yang pasti satu hari nanti, yang Haq akan menang, yang Mungkar akan kecundang...wasalam.

No comments:

Post a Comment