Thursday, July 16, 2009

Hujan Oh Hujan....

"bapanya mahukannya jadi seorang askar, bukan cita-citanya, bukan impiannya".. petikan lagu dari kumpulan Hujan. namun, kali nih aku bukan nak bercerita pasal band Hujan nih. tapi pasal hujan yang turun dari awan nih.

seingat aku sekarang nih kt area KLIA ng putrajaya asyik panas dan kemarau. sbb tuh kot jerebu jer. namun beberapa hari yang lepas, hujan turun di kawasan KLIA. masa tu plak ada ijtimak para tabligh berlaku di kuaters KLIA. ada yang mengatakan itulah hujan rahmat yang memberkati majlis yang mulia itu. sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang berkesempatan menghadiri majlis yang mulia itu. amin....

namun, bagaimanakah kita menghargai rahmat (hujan) yang dikurniakan oleh Allah ini? terdapat satu cerita yang menarik ini kita kongsi bersama di sini.

pada zaman dahulu, terdapat seorang pemuda yang bernama Ali berlari dalam hujan. kerana bimbang akan kebasahan, beliau mencari tempat untuk berteduh. akhirnya beliau terjumpa dengan sebuah pondok yang didiami oleh seorang warga tua. beliau pun meminta izin untuk berteduh bagi mengelakkan dari kebasahan. lantas orang tua itu bertanya, "bukankah hujan itu rahmat. setiap titisan hujan itu dibawa oleh satu malaikat. jadi andainya hujan itu jatuh atau terkena pada badan kita, maka bukankah itu bererti kita mendapat rahmat?"

setelah mendengar soalan yang diajukan oleh orang tua itu, Ali pun meminta izin untuk beredar dan pulang ke rumah dalam keadaan yang masih hujan. namun kali ini, beliau tidak lagi berlari. tetapi hanya berjalan dengan perlahan sambil mensyukuri rahmat yang diberikan.

apabila beliau sampai ke rumah. beliau telah menyalin pakaian dan berehat di depan rumah beliau sambil memerhatikan hujan dengan penuh rasa bersyukur. tiba-tiba ada seorang pemuda datang ke arah rumah beliau dengan bergegas. maka, Ali bertanya "untuk hajat apakah kamu datang ke rumah saya?". lantas jawab pemuda tersebut, "bolehkah saya tumpang untuk berteduh. di luar sana hujan sangat lebat". maka dengan bangganya Ali bertanya kembali, "bukankah hujan itu rahmat. setiap titisan hujan itu dibawa oleh satu malaikat. jadi andainya hujan itu jatuh atau terkena pada badan kita, maka bukankah itu bererti kita mendapat rahmat?". kemudian pemuda tersebut menjawab kembali, "disebabkan hujan itu rahmat lah, saya tumpang untuk berteduh. saya tidak sanggup untuk memijak rahmat yang diberikan ini dengan kaki saya. tapi, andai saya ini memberi masalah kepada anda, saya boleh beredar"

Ali terdiam seketika dengan jawapan itu. akhirnya beliau membenarkan pemuda tersebut untuk berteduh di rumahnya sambil memikirkan kembali semua hal yang telah beliau lalui pada hari itu.

terdapat banyak lagi rahmat yang telah dikurniakan kepada kita. bergantung kepada kita untuk menilai dan menghargainya. demi menjaga rahmat tersebut, ada yang menghargainya dengan menggunakannya dan ada yang tidak mahu menggunakannya. begitu juga lah dengan rahmat yang diberikan kepada kita iaitu keamanan dan keharmonian hidup dalam berbilang agama dan kaum. ada yang mengatakan kita perlu memainkan dan menyelitkan isu berbaur perkauman dan keagamaan dalam berpolitik supaya semua kaum dan bangsa di negara kita dapat meluahkan apa yang terpendam. tapi ada juga berpendapat isu seperti keagamaan dan perkauman tidak boleh dipolitikkan supaya keharmonian dan keamanan hidup di negara kita dapat dikekalkan. hanya Allah dan anda sahaja yang tau apa yang sebenarnya anda fikirkan....salam.

Monday, July 6, 2009

PLK....

salam...

akhirnya aku berjaya menyambung kembali pembelajaran aku di UiTM Shah Alam. aku mengambil keputusan untuk mangambil sarjana muda dalam jurusan perakaunan. semalam merupakan kelas pertama aku. memang penat sangat. kelas pukul 6.30pm dan habis pukul 9.30pm. nasib baik lecturer En Ahmad Shameer pandai buat humor. so, xdela busan sgt. subjek MAF420 atau costing nih macam susah gak. nk cr buku teks pun harga dalam RM149. bleh tahan gak harga tuh.

untuk sem ni aku amik 4 subjek. maknanya aku kena berulang alik ke uitm tuh 4 kali seminggu. hari selasa jer xde kelas. hari sabtu dan ahad mmg free ar. mungkin nih la cabaran untuk student Out Campus cam aku ni. penat tuh memang penat ar.

kalo aku berjaya ikut semua jadual silibus yang diberi, aku boleh tamatkan pengajian dalam tempoh 3 hingga 4 tahun. umur aku time tu mungkin 29 tahun. harap2 aku berjaya habiskan dengan jayanya.

my new life begin at 30...

Insya Allah...

Tuesday, June 23, 2009

Kerajaan Perpaduan vs Hide and Seek vs Survivor...


salam...


akhirnya kemelut atau sketsa bertajuk "Kerajaan Perpaduan" telah pun selesai. masing-masing ambil langkah lupakan segala yang berlaku. anggap seperti tidak pernah timbulnya isu kerajaan perpaduan ni. kalau xsilap aku, orang yang mula2 mencetuskan idea kerajaan perpaduan ni ialah Presiden Pas, dan disokong oleh orang nombor 2 dalam parti itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin. sehingga menyebabkan terpaculnya dari mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya orang nombor 2 itu meletakkan jawatan dalam parti dan sebagai ahli parlimen Bachok. selepas itu byk hal yg berlaku. UMNO sanggup untuk bergabung dengan PAS demi survival orang Melayu. PM sedia bertemu dengan pemimpin parti PAS. namun dengan kebijaksanaan seorang yang dianggap perancang dalam Pakatan Rakyat, akhirnya semua telah berkubur. UMNO telah dituduh sebagai sebuah parti politik yang tidak stabil dan popular lagi kerana dianggap kebulur untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan dengan parti PAS. saper yang salah? masing2 ada tanggapan dan kefahaman tersendiri.


teringat pada zaman kanak-kanak dulu. aku dan kawan2 aku gemar bermain hide and seek atau dalam bahasa kampung nya main sorok2. bagi mereka yang xtau, permainan sorok2 nih perlu dimainkan bersama banyak pemain. hanya seorang yang perlu mencari atau dipanggil "hantu" dan yang lain perlu bersembunyi. orang yang mencari perlu menutup matanya dan bilang 1 hingga 100. ini bermakna peserta lain diberi masa selama 100 saat untuk bersembunyi sebelum mereka dicari. kemudian orang yang mencari akan menyebut nama orang yang ditemuinya. orang yang pertama ditemuinya akan menggantikan tempat nya untuk mencari orang lain apabila semua orang telah ditemui. tetapi, sekiranya ada orang menyentuh badannya sebelum namanya sempat disebut oleh si pencari, si pencari akan memulakan permainan itu kembali dengan menutup matanya dan mencari orang lain kembali. tanpa orang pertama yang ditemuinya itu menggantikan tempatnya. begitulah sedikit ringkasan tentang permain sorok2 nih. namun, sememangnya aku ni jenis yang xpandai nk menyorok. mungkin masa kanak2 dulu aku memang xpandai nk panjat pokok untuk menyorok. sebab itulah aku selalu menjadi orang pertama yang ditemui oleh si pencari. disebabkan itu,aku telah berpakat dengan kawan2 aku untuk tidak bersembunyi. kami cuma berada di depan mata si pencari sahaja. apabila si pencari selesai menghitung sampai 100, beliau akan lihat semua orang yang perlu dicarinya berada di depan nya. namun apabila nama pertama disebut, orang lain yang bersama berada di depannya akan menyentuhnya. jadi si pencari itu akan kembali menjadi "hantu" dan perlu menutup matanya sekali lagi sambil menghitung sampai 100. semua plan ini (si hantu akan menjadi hantu kembali) akan berhasil sekiranya perpaduan dicapai. namun tidak dinafikan yang keseronokkan bermain akan hilang sekiranya "parpaduan" ini terjadi. mungkin natijahnya turut berlaku dalam politik di negara kita. bagi sesetengah manusia yang menganggap dirinya bijaksana, keseronokkan berpolitik akan hilang sekiranya "perpaduan" dicapai. mungkin juga dengan kebijaksanaannya, banyak hasil yang akan diperolehi dengan berpolitik. jadi apa guna "perpaduan"??


survivor...sebuah rancangan realiti yang amat popular pada satu ketika dahulu. permainan yang menyingkirkan seorang demi seorang peserta pada setiap minggu. bagi peserta yang tidak digemari, mereka akan diundi keluar oleh peserta lain melalui undian. semasa aku berkursus di BTN, kami juga dibahagikan dalam kumpulan. sampai pada satu check point, fasilitator telah memberi satu kejutan kepada kami. setiap ahli diminta menulis satu nama untuk diundi keluar. nama saper yang paling banyak diundi, diminta keluar. kumpulan kami meminta sedikit masa untuk berbincang. setiap ahli kumpulan bercakap tentang kelebihan masing2 dan kenapa perlu dirinya berada dalam kumpulan ini. sampai ke giliran aku, aku mencadangkan setiap orang menulis nama masing2. jadi setiap orang akan mempunyai 1undi untuk keluar. maka tiada yang akan dikeluarkan sebab semua mempunyai undi yang sama2. majoriti bersetuju dengan cadangan aku. namun apabila undian dikira, hanya aku yang mempunyai 3undian, ahli lain 1undian dan 2orang tidak mempunyai undi untuk dikeluarkan. rupanya 2orang itu berjaya mencabuli "kesepakatan" itu pada saat2 akhir dengan meletakkan nama aku pada kertas undinya supaya aku diundi keluar. mungkin sebab mereka merasakan adanya aku dalam "perpaduan kumpulan" itu akan menjejaskan pengaruhnya dalam kumpulan tersebut. meskipun aku berasa sedikit kesal, namun banyak pengajaran yang aku perolehi dalam hal ini. bolehkah "perpaduan" terjadi sekiranya dalam diri kita masih ada perasaan ingin menguasai segala-galanya. bukankah "perpaduan" akan menganjurkan kita lebih bersifat tolak ansur dan berkongsi. namun, mungkin juga inilah yang menjadi faktor kenapa "Kerajaan Perpaduan" tidak akan berlaku. jadi, hanya dengan sikap ingin menguasai segalanya di tangan sendiri, "Kerajaan Perpaduan" tidak akan berlaku...


tetapi...ini semua adalah pandangan peribadi sahaja..tidak kukatakan PAS itu betul atau UMNO itu benar...tapi yang pasti satu hari nanti, yang Haq akan menang, yang Mungkar akan kecundang...wasalam.

aku dan 19...


salam...

19 merupakan nombor yang banyak memberi banyak erti dalam hidup aku. gabungan nombor awal "1" dgn nombor akhir "9" dlm kiraan nombor sa.terdapat pelbagai kejadian atau peristiwa yg berlaku jatuh pada hari ke-19.

bermula dgn kelahiran aku di alam dunia nih pada 19 nov 1984. kalo x silap aku, jatuh pada hari isnin. dilahirkan di kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan. mmg ramai kawan aku kt kampung nih. yela, sekolah rendah xjauh dr rumah aku. dalam 5km rasanya. gi skolah naik basikal ng kawan2. tp xlama aku dok kt sana. darjah 6 selepas UPSR aku pindah ke Kampung Beris Pak Abu, Jerteh, Terengganu. form 1 aku masuk sekolah asrama. masa form 4 pun aku masuk sekolah asrama lg. so, aku xramai la kawan kt kampung skrg nih. sbb start f1 sampai skrg aku jarang dok kt kampung lama2.

erm...masa aku darjah 4, tahun 1994. adik aku 'pergi' meninggalkan kami sekeluarga. masa tuh baru aku tahu betapa sedihnya kehilangan orang tersayang. sekali lagi nombor 19 bermain dalam kejadian ini. adik aku, Arief ditimpa kemalangan pada 19 Oct. Al-Fatihah....

namun ada juga peristiwa yang mengembirakan aku jatuh pada hari ke-19. first "date" aku dengan suriani berlaku pada 19 jan 2003. dan sekarang kami telah sah bergelar sebagai suami isteri pada raya ke-3 tahun lepas. sekarang isteriku pun tengah mengandungkan anak pertama kami. kandungan sudah berusia 10minggu. Insya Allah, dijangka lahir pada 10/01/10. aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang di izinkan oleh Ilahi. aminn...

selain dari itu...ayah aku pun lahir pada hari ke-19. 19 dec 1947...seorang ayah yang sangat tegas. I Love U Dad...

erm...sekiranya berlaku seperti yang dijangkakan iaitu anak sulung aku lahir pada 10/01/10...aku rasa terdapat "sign" yang bermakna disitu... sekiranya tarikh itu ditukar kepada Log2 100110 = 38... 38 = 19 + 19... 19 lak nombor yang sangat bererti bagiku..so anak yang bakal dilahirkan ini bermakna satu anugerah yang berganda ertinya kepadaku.....Insya Allah

Sunday, June 21, 2009

apa itu amardisme...

amardisme adalah salah satu idealogi yg baru aku cuba perkenalkan...hehehe...jgn salah ertikan tentang idealogi yg baru bercambah ini..idealogi ini xde kaitan dgn komunisme, patriotisme atau mana2 idealogi yg korg penah dengar sebelum ni...asalnya aku pun xtau idealogi ini wujud atau pun tidak...cuma ada sesetengah perkara atau pengalaman aku yg aku rasa ada kaitan dengan idealogi ini....namun apa yg penting sekali, demi nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang aku memohon agar akidah aku dan para pembaca tidak terpesong dgn buah fikiran yang sama2 kita boleh kongsikan ini...sesungguhnya aku masih hamba Mu yang dahagakan ilmu yg mampu mematangkan fikiran dan jiwaku...

amardisme adalah satu terma yg kata dasar nya ialah AMARD ( A Method for Accessing into Related Dimensions). byk kajian yg dilakukan oleh para ilmuwan Islam dan Non-Islam tentang wujudnya dimensi yg lain selain dimensi yg kita hidup ini. apa yg menjadi persoalannya ialah, wujudkah "jambatan" untuk ke dimensi lain itu? atau bagaimanakah cara untuk kita berhubung dgn mankhluk yang wujud di dalam dimensi tersebut.

berikut adalah salah satu pautan yang menarik untuk kita berkongsi bersama tentang dimensi yg lain dinamakan beliau sebagai Matrix ( http://mistisfiles.blogspot.com/2009/06/matrix-di-dalam-matrix.html ).

namun sejauh manakah kebenarannya....sama2 kita renungi nya...